Biarkan browser selama beberapa saat untuk tatapan lebih stabil. Anda boleh memilih English atau Bahasa Melayu untuk pilihan bahasa.

Set Bersalin Spa and Ma

Baru Set Bersalin Spa and Ma

Penjimatan Tambahan

Daftar sebagai ahli dan kami akan berikan kod diskaun khas untuk anda. Jangan tunggu lagi, daftar sekarang.

Set Bersalin SPA AND MA


 Spa And Ma Maternity Set yang lengkap dengan 11 produk terpilih yang terbaik di dalam setiap set.


Senarai Penuh 11 Produk Set Bersalin SPA AND MA


1.) HERBA MANDIAN SPA

Herba Mandian Spa ini sangat praktikal kerana ia didatangkan di dalam bentuk uncang. Penggunaan Herba Mandian Spa ini dapat menenangkan emosi pengguna seolah mendapat rawatan khusus di spa. Herba Mandian Spa sangat menjimatkan kerana uncang yang telah digunakan boleh digunakan untuk beberapa kali mandian. 

Menariknya herba mandian ini tidak hanya terhad kepada ibu yang sedang berpantang sahaja tetapi ianya juga boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengembalikan tenaga di dalam badan yang kian lesu kerana aktiviti seharian. Paling istimewa tentang Herba Mandian Spa ini adalah ia mempunyai bau yang sungguh harum dan menenangkan sebelum ianya direbus lagi.


KHASIAT HERBA MANDIAN SPA

  • Mengurangkan angin dan membuang toksin dalam badan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu melegakan sendi dan saraf yang tegang
  • Mencegah bakteria dan kulat
  • Menyingkirkan sel-sel kulit mati pada tubuh
  • Mengatasi masalah keputihan
  • Memecahkan lemak
  • Menegangkan otot dalaman vagina
  • Mewangikan dan menyegarkan badan serta menghilangkan bau hanyir
  • Mengurangkan stress
  • Mengembalikan tenaga


CARA PENGGUNAAN HERBA MANDIAN SPA:

  • Masukkan  satu uncang Herba Mandian Spa ke dalam air (bersamaan 3 gayung)
  • Rebuskan uncang sehingga mendidih dan mengeluarkan bau wangi (15 – 30 minit)
  • Campurkan air yang telah direbus bersama dengan air biasa sehingga mencapai suhu yang bersesuaian untuk mandi.
  • Jirus air rebusan Herba Mandian Spa ke seluruh badan dari leher hingga ke bawah secara perlahan-lahan supaya air rebusan dapat meresap ke dalam tubuh.
  • keringkan uncang yang telah digunakan di tempat yang panas atau terbuka untuk pengunaan selanjutnya.
  • Peringatan: Elakkan menjirus air rebusan herba ke kepala dan rambut bagi mengelakkan sakit kepala dan keguguran rambut. Gunakan air biasa.


2.) JAMU RATU DARA


Jamu Ratu Dara ternyata berbeza kerana ianya tidak panas seperti jamu lain yang terdapat di pasaran. Ibu yang sedang menyusukan bayi juga boleh mengamalkan Jamu Ratu Dara kerana ia bertindak untuk memperbanyakkan air susu ibu sewaktu dalam tempoh berpantang. Malah bagi ibu-ibu yang mengidamkan bentuk tubuh badan yang langsing selepas bersalin Jamu Ratu Dara ini dapat menurunkan berat badan anda dengan berkesan. 

Jamu Ratu Dara dapat mengembalikan tenaga, menegangkan kembali otot-otot dalaman, menyembuh luka bersalin, memulihkan dalaman dan menyempitkan lagi faraj dan boleh mengecutkan rahim.


KHASIAT JAMU RATU DARA:

  • Sangat berkesan untuk merapatkan dan menghangatkan bahagian keintiman wanita persis perawan.
  • Mengembalikan tenaga batin wanita
  • Merawat keputihan dengan sangat berkesan
  • Melancarkan perjalanan haid
  • Membantu mengatasi sengugut ketika haid
  • Membantu proses kitaran haid kembali kepada normal.
  • Membantu mengeluarkan sisa-sisa darah haid yang tidak lawas.
  • Sangat berkesan untuk membuang angin dalam badan
  • Membantu mengatasi sakit urat
  • Membantu menghilangkan lesu dan letih badan
  • Memulihkan kembali tenaga
  • Membantu melancarkan peredaran darah
  • Membantu membuang toksin dalam badan
  • Mengecut dan menguatkan rahim bagi wanita lepas bersalin
  • Membantu memperbanyakkan air susu ibu
  • Membantu memulihkan dalaman wanita yang keguguran
  • Meningkatkan kesuburan wanita
  • Membantu mendapatkan zuriat
  • Melawaskan pembuangan air besar dan kecil
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Membantu mencegah barah payudara dan rahim
  • Membantu mecantikkan kulit dan menjadikan muka segar kemerah-merahan
  • Seri awet muda

CARA PENGAMBILAN JAMU RATU DARA : Amalkan 2 kapsul 2 kali sehari


3.) FEMININE CLEANSER


Feminine Cleanser mempunyai bau yang sangat harum dengan suntikan aroma hebat seperti lavender, rose dan cinnamon yang sungguh asyik dan menenangkan seolah anda berada di spa. Teksturnya yang lembut serta mengeluarkan banyak buih sangat sesuai bagi semua jenis kulit. 


Selain keharuman, Feminine Cleanser ini juga memberi penekanan terhadap penjagaan kebersihan dan kesihatan yang sempurna di bahagian intim anda. Anda akan merasa belaian Feminine Cleanser dengan kesegaran dan kesejukan sepanjang hari setiap kali anda menggunakannya. Pastinya Feminine Cleanser ini dapat meningkatkan hubungan intim suami isteri kerana aspek kebersihan di bahagian sensitif ini kian rapi dan terjaga.


KHASIAT FEMININE CLEANSER

  • Membasmi kulat serta kuman bagi mengelakkan keputihan
  • Mempercepatkan pemulihan luka selepas bersalin
  • Menghilangkan kegatalan
  • Mencegah jangkitan kuman
  • Melicinkan dan memelihara kulit
  • Mengharumkan serta menyegarkan bahagian Miss V
  • Menyelesaikan masalah kelembapan
  • Merapatkan Miss V

CARA PENGGUNAAN FEMININE CLEANSER:  

  • Tuangkan cecair ke atas tapak tangan
  • Sapu dan cuci miss V sehingga diyakini bersih
  • Bilas dan keringkan dengan tuala bersih


4.) PILIS HERBA


Pilis Herba ini berbau harum berbanding dengan pilis lain. Kami sangat menitikberatkan tentang keselesaan ibu bersalin dimana pastinya mereka sangat memerlukan sesuatu yang tidak menggangu fikiran dan emosi mereka ketika sedang berpantang. Pelbagai aspek telah kami pertimbangkan sebelum mengeluarkan produk Pilis Herba ini.


Ini kerana kami melihat kebanyakan Pilis yang terdapat di pasaran adalah berbentuk serbuk. Kami lebih menekankan aspek mesra pengguna dimana ia lebih mudah dan cepat untuk digunakan kerana ia didatangkan di dalam bentuk pes. Dengan Pilis Herba ini anda tidak perlu lagi membancuh serbuk pilis dengan air.


KHASIAT PILIS HERBA:

  • Mengelakkan angin masuk ke dalam kepala
  • Membuang angin
  • Melegakan sakit kepala
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengurangkan gelap mata yang dialami kebanyakan ibu selepas bersalin
  • Mengurangkan keletihan

CARA PENGGUNAAN PILIS HERBA : Ambil Pilis Herba mengikut kadar yang dikehendaki, Sapukan rata pada dahi


5.) EXTRA VIRGIN COCONUT OIL


Minyak Kelapa Dara adalah produk yang sangat bermutu tinggi. Rata-rata pengguna tahu akan kelebihan yang tedapat di dalam Minyak Kelapa Dara ini kerana ianya mengandungi pelbagai khasiat yang sungguh menakjubkan. Pelbagai kajian telah dibuat dan ternyata Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang paling baik dan mendatangkan pelbagai kesan positif terhadap penggunanya berbanding dengan minyak lain. 


Kebanyakan pengguna yang hamil mengakui bahawa minyak kelapa dara dapat membantu memudahkan proses melahirkan bayi dan dapat membantu menghilangkan “stretch mark” (pada perut) selepas bersalin.


CARA PENGGUNAAN 'EXTRA VIRGIN COCONUT OIL'

  • Meningkatkan sistem pertahanan badan
  • Melancarkan sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit
  • Mengatasi masalah keputihan ketika hamil
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
  • Meningkatkan pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan
  • Mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
  • Menghilangkan parut jerawat dan kesan regangan bagi wanita yang hamil
  • Meningkatkan fungsi kelenjar tiroid
  • Meningkatkan kadar metabolisma badan
  • Mengatasi masalah kulit berjerawat, berminyak dan kering
  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik
  • Sebagai agen pelincir dalam hubungan suami isteri

CARA PENGGUNAAN 'EXTRA VIRGIN COCONUT OIL : Tuangkan sesudu besar Extra Virgin Coconut Oil @ Minum 1-2 kali sehari


6.) TUNGKU HERBA


Tungku Herba ini dirumus dari akar kayu, herba terpilih dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi. Tungku Herba berfungsi sebagai “batu tungku”yang mudah dan ringkas. Pelbagai kebaikan diperoleh dari Tungku Herba ini kerana kehangatannya dapat membuka liang-liang roma seterusnya memudahkan penyerapan rempah ratus dan herba ke dalam tubuh.


Tungku Herba ini ternyata lebih fleksibel dan ringan untuk digunakan oleh para ibu selepas bersalin. Tidak perlu lagi bersusah payah mencari batu, membakar batu tungku, mencari herba yang sesuai serta tidak lagi perlu membuang masa untuk membalut batu tungku.


KHASIAT TUNGKU HERBA

  • Mengempiskan dan membuang angin dalam perut selepas bersalin
  •  Mencairkan ketulan darah dan melancarkan perjalanan darah
  • Melegakan sakit sendi dan sengal pada tubuh
  • Mengecutkan rahim dan urat yang kembang selepas bersalin
  • Memanaskan badan dan melonggarkan otot tegang

CARA PENGGUNAAN TUNGKU HERBA:

  • Basahkan tungku dengan sedikit air agar lembab
  • Kukus atau panaskan tungku herba selama 20 minit (mengikut keselesaan)
  • Lapiskan kain di badan sekiranya tungku agak panas sewaktu bertungku
  • Tekan tungku perlahan-lahan pada pangkal peha, berhampiran ari-ari/bawah pusat, di atas perut, dan tumit kaki.
  • Panaskan semula tungku sekiranya tungku menjadi kurang panas
  • Pastikan ia kering sepenuhnya sebelum disimpan untuk kegunaan semula


7.) LULUR FRANGIPANI


Lulur Frangipani berbeza dengan lulur lain kerana Lulur Frangipani ini mempunyai tekstur yang lembut dan tidak terlalu kesat. Baunya yang harum dapat membangkitkan ketenangan dan keselesaan kepada pengguna. 


Lulur Frangipani ini juga mesra pengguna kerana ia didatangkan di dalam bentuk pes. Paling istimewa lulur Frangipani ini mengandungi Collagen, Garam Himalaya serta Glutathione yang dapat mengahalus dan menggebukan kulit.


KHASIAT LULUR FRANGIPANI:

  • Mencantikkan kulit supaya lebih halus, gebu dan cerah
  • Menanggalkan sel-sel kulit mati pada tubuh
  • Memperbaiki tekstur kulit
  • Menghilangkan selulit
  • Memutihkan bahagian tersembunyi seperti di lutut, siku dan celah lengan
  • Melembapkan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar matahari
  • Menghindari bau badan dan peluh berbau

CARA PENGGUNAAN LULUR FRANGIPANI:

  • Basahkan badan dengan air.
  • Gosokkan lulur secara merata ke bahagian tubuh, leher, dada, lengan hingga ke kaki. Seeloknya berikan perhatian pada bahagian tersorok kerana bahagian itu terdapat kekotoran dan sel kulit mati yang tebal.
  • Setelah selesai, bilas tubuh dengan air sehingga bersih


8.) BENGKUNG RATU

Bengkung Ratu adalah bengkung gabungan tradisional dan moden yang dicipta khusus bagi wanita selepas bersalin yang mengimpikan bentuk badan yang langsing serta menawan.


Bengkung Ratu ini sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh dan pinggul yang ideal kepada para ibu yang baru saja melahirkan bayi. Bengkung Ratu dapat mengembalikan bentuk badan asal, mengempiskan perut serta merapatkan kembali tulang pinggul selepas bersalin.


KEISTIMEWAAN BENGKUNG RATU

  • Mengembalikan bentuk badan asal\
  • Mengempiskan perut
  • Merapatkan kembali tulang pinggul selepas bersalin

 

9.) SHAPE-UP LOTION

Shape-Up Lotion ini tidak seperti losyen biasa kerana ianya tidak berminyak malah mudah menyerap ke dalam kulit. Shape-Up Lotion ini juga agak panas tetapi dijamin tiada rengsaan terhadap pengguna. Ianya juga istimewa kerana sesuai digunakan untuk seisi keluarga malah ianya ringan dan mudah dibawa ke mana saja.


KHASIAT SHAPE-UP LOTION

  • Melancarkan peredaran darah yang tersumbat
  • Membakar lemak dan melangsingkan badan
  • Membuang angin dalam badan
  •  Melegakan sakit otot dan sendi
  • Mengatasi kembung perut
  • Mengatasi selulit
  • Sangat sesuai untuk ibu selepas bersalin


10.) MINYAK SERI HERBA

Minyak Seri Herba diformulasi khas untuk mengembalikan tenaga ibu bersalin. Ia juga bertujuan untuk memberi kesegaran yang berterusan sewaktu tempoh berpantang. 


Minyak Seri Herba ini berperanan untuk mengurangkan sakit kepala, simptom reumatik, sakit tekak dan juga sakit pada otot-otot, arthritis, gout dan ulser. Ia mengandungi menthol untuk memberi keselesaan kepada pengguna kerana sifatnya yang berangin dan sejuk.


KHASIAT MINYAK SERI HERBA

  • Melegakan sakit sendi dan tulang
  • Mengatasi masalah kekejangan otot
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membantu membuang angin di dalam badan
  • Mengurangkan regangan pada kulit selepas bersalin
  • Mengatasi kembung perut

CARA PENGGUNAAN MINYAK SERI HERBA

  • Titiskan Minyak Seri Herba pada tapak tangan
  • Sapukan pada tempat yang dikehendaki
  • Urut perlahan-lahan di sekitar kawasan yang bermasalah


11.) GAMAT EMULSION


Ramai yang sedar akan kebaikan Jeli Gamat namun tidak ramai yang ingin mengamalkannya kerana teksturnya yang berbau hanyir. Kini anda tidak perlu lagi risau kerana Gamat Emulsion ini dihasilkan khas dalam tekstur yang tidak lagi berbau. Malah bagi mendorong anda untuk lebih cenderung mengamalkannya, kami datangkan Gamat Emulsion ini dalam bentuk berperisa Oren. Ternyata ianya lebih sedap dan berkhasiat.


KHASIAT GAMAT EMULSION

  • Membantu menyembuh luka-luka pembedahan dan memulihkan fungsi sistem peranakan
  • Mengembalikan tenaga dan megelakkan keletihan
  • Memperbaiki sel-sel yang rosak
  • Melegakan lemah badan selepas bersalin atau sakit
  • Memperbaiki tekstur kulit supaya lebih licin


CARA PENGGUNAAN GAMAT EMULSION - 1 sudu besar (10ml) 2 kali sehari





Tulis Ulasan

Sila log masuk atau daftar untuk buat ulasan

* Hasil daripada penggunaan produk kecantikan di atas mungkin berbeza bergantung kepada individu dan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk umur, jantina, jenis kulit anda dan keadaan, penggunaan produk-produk lain yang digunakan, sejarah kesihatan, gaya hidup, pemakanan dan lain-lain.

Penghantaran Percuma

Dengan belian RM200 dan keatas kami akan menghantar barangan anda dengan percuma. Ya betul, percuma!

  • Telah dilihat: 749
  • Kod Produk: Original
  • Kewujudan: Ada Stok
1 Product(s) Sold
  • RM330.00